Weehee..Hari ni merupakan satu hari yang sangat memenatkan bagi aku, sibuk menguruskan kelengkapan aku untuk kembali ke kuliah esok dan juga "bershopping" bagi memenuhkan barang-barang kat rumah ni..Pada masa yang sama aku tengah pening kepala ni..macamana nak jaga puasa nam aku yang tak habis-habis ni..asyik dapat jemputan daripada kawan-kawan untuk teman pergi makan je..kalau jemputan pergi "Open House" best la jugak..Emm tapi tak apa..mari sama-sama kita belajar ikram sahabat kita ea..hehe..Ok..ok..
Tengah aku melayan perasaan dikala azan asar berkumandang maka sahabat karib aku pun menjengah dan berkata "Marul lepas Asar Jom makan"..Hmm makan lagi..banyak nya makan aku hari ni..namun aku turutkan juga..Jadi selepas selesai solat Asar..kami bersiap dengan motor kapcai kami..Segalanya berjalan lancar..Sedang enak aku menjamah makanan..di kejauhan terlihat seorang wanita genit dengan penuh ayu mengenyit mata kepada aku (hahahaha ayat tak boleh bla)..Owh rupanya kakak senior yang pernah satu lab circuit dengan aku..Aku dengan penuh rasa malu melemparkan senyuman aku yang menawan tu..feewiiitt..Adoi ai rosak-rosak..Namun dengan izin tuhan segala bentuk maksiat zahir dan batin yang baru hendak bermula terjejas dek kerana pandangan aku yang tertumpu kepada ruam-ruam teruk yang terdapat pada badan sahabat aku..Jadi dengan penuh tanda tanya aku pun selak baju dia pada bahagian leher..sah memang teruk ruam dia..Yang peliknya sebelum kami sampai di restoran tu tak ada pula aku nampak ruam-ruam ni..memang jelas..Kawan aku yang seorang lagi beritahu kemungkinan sahabat aku ni kena demam campak..Hmmm..aku tak sempat nak snap gambar ruam tu tapi lebih kurang macam ni la:-
Tapi aku rasa lebih teruk lagi..em tampa melengahkan masa..dengan segera kami bergegas pergi ke Poliklinik yang berdekatan..Poliklinik Az-Zahrah untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya..Aku sebenarnya dah lupa..macamana agaknya rupa Demam Campak ea?..Tapi aku rasa aku pernah kena masa kecil dulu..melihatkan ruam yang amat teruk pada badan Sahabat aku ni..Aku pun confident mungkin ni kesan daripada Demam Campak..So kami pun menunggu giliran..
Maka apabila doktor telah beri keizinan bagi kami masuk..maka kami pun terus bergegas masuk (lambat sangat = ramai sangat)..Selepas beberapa ujikaji yang dijalankan (apsal pelik je ayat ni?)..sah sahabat aku ni kena infection kesan daripada makanan yang diambil..Recap balik rupanya sebab kuih raya (berkacang)..Hmmph..doktor kata dia perlu di suntik (injection)..Em ok..aku pun keluar, tunggulah di ruangan menunggu..selang 15 minit..Sahabat aku ni pun keluar dari bilik doktor..sambil senyum sinis dia tarik tangan aku..Aku tanya kenapa?..Sahabat aku pun kata: "Ko tau tak dia enjet kat mana?..kat Bontot aku siot"..Haha..Sebenarnya aku ok je..tapi mengenangkan Sahabat aku ni yang ada ciri islamik (berkopiah) skit ni disuntik di punggung..memang lucu...Uhhh what a day..
Kepada rakan-rakan yang masih dalam mood raya, kawal pemakanan anda..Dan jangan lupa banyakkan minum air kosong dalam keadaan cuaca yang tak menentu ni..janganlah sampai jadi macam Sahabat aku yang seorang ni..Apa-apa pun dia tengah tidur sekarang ni..Tak tahulah tidur sebab kesan daripada ubat ataupun tidur mengenangkan saat indah dienjet nurse-nurse tu..hahaha...
~Wassalam~


hahaha.... sengal.
ReplyDelete