Saturday, October 9, 2010

Angau???

Assalamualaikum...

Haaaaa...ngntuknyer pagi-pagi nih..
Ada citer best..

     Baru-baru ni berlaku satu peristiwa yang sangat memberikan impak dalam hidup aku, bila mana salah seorang rakan terdekat aku mengalami satu bentuk "gangguan" yang merubah keseluruhan sifat pribadi dia..Sedih betul aku tengok dia..
- kadang-kadang menangis sorang-sorang..
- Lemah jee..
- Termenung (mata melilau jew)
 Tapi mamat ni tak de lah sampai kena ikat kaki/tangan dia..kiranya "gangguan" ni datang sekejap-sekejap...Kiranya macam demam yok-yok la..hehe..

     Ceritanya start since hari pertama solat tarawikh dikerjakan oleh seluruh umat islam (esoknya puasa)..Setelah habis je aku,tiga orang sahabatku dan Ustaz kami bertadarus (tinggal 5 orang je kat surau masa tu) tiba-tiba satu kumpulan budak foundation datang bawa mamat ni kat kami..Sebenarnya kitorang pun pelik dan terperanjat jugak (apehal ni???)..Sape sakit?..Sape kena pukul?..Tengok-tengok mamat ni dipapah ke arah kami..Yang lagi menambahkan pelik kepada kami ialah.."Dia" ni bukanlah orang yang asing bagi kami bertiga dan juga Ustaz kami..kiranya mamat ni boleh la diketegorikan dalam group-group yang ..okla..not bad..dsb..Cerita berhenti di sini untuk menjaga privacy sesetengah pihak..

   Ok secara kesimpulannya dia ni jadi macam ni sekali disebabkan satu makhluk yang bernama "perempuan"..Mereka ni "break up" dan kesan daripada perkara ni menyebabkan mamat ni jadi sampai begini sekali..Kesian sangatla tengok dia..bila dia jadi macam ni..maruah dia tercalar..study dia ntah ke mana..kitorang pun tak bolehlah nak kesian-kesian sangat cz kitorang pun ada urusan yang perlu diuruskan..sedangkan dia..perlukan orang untuk beri semangat untuk sambung kehidupan dia..Jadi bergilirlah kami (Tapi aku la yang paling banyak mengular=lari)...Haha

   Sebenarnya aku pun tak percaya yang dia ni "angau"..daripada keadaan dia..aku rasa dia ni kena "buatan" orang..tapi ada jugak rasa 70% disebabkan perempuan ( aku pun investigate jugak)...hal ni telah melibatkan ramai orang..dan universiti aku bukanlah besar sangat jadi ramaila yang tahu (orang atasan)..nak-nak dia ni lebih kurang macam aku la..dalam penjagaan..ada scholarship..so dah tentu mesti secara automatik pihak atasan tahu..yelah kalau result jatuh..at least ada sebab yang boleh dicanang..dan pihak scholar pun boleh tolerate..Nak dijadikan cerita dia ni telah di bawa rujuk kat orang awam yang paling rapat dengan aku..seorang ustaz yang mana aku selalu lepak bersama..sampai aku pun tak panggil dia ustaz..aku panggil dia Baba..Jadi satu hari mamat ni dah terlepas cakap..tercerita tentang "cinta hati" dia kat Ustaz ni..dan sememangnyer dari awal-awal lagi Ustaz ni pun dah boleh nampak dah yang dia ni sedang "angau". Ustaz ni pun memang kuat melayan..jadi mamat ni  rasa tak pe kot cerita dengan dia..

    Dia tak tau..kat belakang Ustaz tu ada raaammmaaaiiiii orang..macam kami..haha..(John Cena Says: "You can't see me")..haha..Tapi biasalah bila kita murung sangat..Rohaniat tak kuat..So segala "benda" dari alam lain pun boleh masuk dalam badan..tapi yang sebenar-benarnya segala gangguan tu datang sebab siapa?..sebab Dialah..Dia kena bangun..semangat sikit..kembali pada amal..barulah boleh recover..Bawakla turun Malaikat Jibril pun..kalau Dia tak nak berubah..Memang macam tu lah sampai bila-bila..Tapi yang paling aku dan sahabat-sahabat terkilan..kenapa dia tak berterus terang dengan kami...So kami dapatlah bagi zihin yang sempurna kat dia..


   Chill lar bro..Sape yang tak pernah break up?..Sebagai seorang lelaki kita kena mudah menerima dan melepaskan..Apsal macam "player" je statement ni..haha..Bukan maksud macam tu..maksudnya..buat apa kita nak paksa orang hidup dalam kehidupan kita kalau dia tak nak..Kita pun bukan baik sangat kot?..Lebih baik kita lepaskan sebelum satu hari yang akan datang luka dalam hati ni lebih dalam lagi...Mungkin betul, dia seorang yang setia..Tapi kesetiaan tak akan datang kalau hanya satu pihak saja yang berhempas pulas untuk kekal setia..Jadi lebih baik lepaskan..Pasrahlah..Kuatlah sikit..Awak tu lelaki Jang Oiiii..

  Orang mesti cakap..ko tak apalah.."Player"..haha..Bagi aku ni kes angau jugak ar.. tu yang jadi macam ni..Ntah..kira ok ape?..daripada aku rosakkan maruah aku kat public..semata-mata untuk tunjukkan kesetiaan aku..lebih dan teramat baiklah aku macam ni..Tapi dalam hati ni..Tuhan sahajalah yang tahu..sentiasa mengharapkan "bahagia" itu berkekalan..Well life must goes on..Bagi aku janganlah terlalu menyayangi sesuatu perkara sehingga akidah kita lari dari landasannya..Kalaulah nyawa kita ditarik pada waktu ini..Apalah agaknya keadaan kita ini di sisi Sang Pecinta Yang Maha Agung?.Sebab itulah kita mesti mudah untuk menerima dan melepaskan..Ada perkara yang lebih penting yang menuntut kita untuk berkorban lebih banyak perkara iaitu.....Iman....

Bak kata seorang Pak Kiyai dari Indonesia:-

Hidup ini membutuhkan Iman,
Dan Iman itu membutuhkan Pengorbanan,

Biarpun diri in tercampak....
di huuujuung nusantara,
di hujung-hujung dunia,
di tengah-tengah kesibukan kota,
di tengah-tengah hutan belantara,
Iman harus dipelihara!!!

No comments:

Post a Comment