Keputusan hari ini akan menentukan apa yang berlaku pada hari esok..
Itulah yang berlaku kepada 4 budak janggut (4 idiots) yang buat keputusan untuk join Robogamez tahun ni...Haha…memang best…setiap hari dipenuhi gelak ketawa..dan hampir setiap hari tak ada masa pun yang lebih untuk duduk tanpa buat apa-apa…yang penting buat pertama kalinya…aku rasa tidur tu memang syok..cz memang penat betul..
Apa-apa pun memang best spend some times with friends…release tension jap..dan first time jugak la untuk kitorang semua stay kat U lama-lama atas maksud selain daripada akademik…well orang bujang macam kitorang ni mana ada entertainment sangat…so bila kami mula mencari…mulalah perkara-perkara yang tak diingini berlaku…hehe
Ni antara aktiviti-aktiviti malam kitorang...heeeuuuuuu
Kali in jugalah aku yang dah hampir 5 tahun merantau di negeri orang ni merayau-rayau sampai pagi tanpa arah…naik train paling last skali…kadang-kadang naik kereta kawan aku (junior aku)…lepas habis satu program, continue pulak dengan program lain…sekali sekala buat satu benda yang pelik sikit…haha…
Sem ni dan sem-sem seterusnya aku ada participate dalam beberapa program dalam U…jadi ke x…depends on organizer…tapi yang penting…aku nak spend masa-masa di tahun akhir kat sini dengan sebaiknya…sebab lepas ni…insyAllah…bila dah keje…x de dah masa-masa macam ni…kalau ikut plan..keje dgn syarikat scholar aku…lagilah tak ada entertainment…tu hah…di hujung dunia dia letakkan kitorang…
Tapi apa yang paling aku respect skali dengan diri sendiri dan kawan-kawan aku…walau macamana kitorang “gila-gila’ pun…fikir agama masih lagi tak padam…Alhamdulillah…ada satu hari tu…setiap solat fardhu sembahyang kat masjid yang berlainan…
Firman Allah S.W.T: Allah menyeru kepada tempat kesejahteraan yakni syurga, dan dia menunjukkan jalan yang lurus kepada sesiapa yang dikehendaki. (Surah Yunus ayat 25)
Renung-renungkan..dan selamat beramal





No comments:
Post a Comment