Thursday, October 27, 2011

Kisah Dolu-Dolu #1

Kisah ini ialah untuk renungan bersama...

    Kisah ini berlaku pada zaman Nabi Ibrahim A.S...bagaimana dalam kisah ini diceritakan sewaktu zaman Nabi Ibrahim A.S ada satu penyakit yang berjangkit dan amat dikhuatiri oleh seluruh rakyat jelata..even Namrud pun scared..hahaha..Penyakit "Ain"..Ain=Ainun=Mata (betul ke?)..hehe..yelah sakit mata..inilah alasan yang digunakan oleh Nabi Ibrahim A.S to escape from the royal festival organize by Namrud..after that..semua tahukan?..macamana Nabi Ibrahim telah musnahkan semua berhala (kecuali satu) dan ditangkap oleh orang ramai..

    Nak dijadikan cerita..sewaktu Nabi Ibrahim A.S berada di dalam api yang panas membakar..terbang dua ekor burung.. yang di dalam paruhnya berisi air..setiap kali burung tersebut berada di atas api yang marak membakar tu..Burung tu akan curahkan air tersebut dengan harapan air tersebut akan memadamkan api yang membakar Ibrahim A.S

   Kemudian seseorang bertanya kepada burung tersebut (macamana dia tanya wallahualam)..Apa yang kau harapkan daripada perbuatanmu itu?...Maka burung itu telah menjawab.".Sekurang-sekurangnya aku sudah menjalankan tugasku untuk Ibrahim A.S"..lebih kurang macam tulah kisahnya..



   Apa yang nak diketengahkan dari kisah ini ialah..walaupun seluruh manusia despise apa yang kita buat..Jangan ambil kisah..Jangan ambil peduli..Sebab selagi perkara yang kita buat itu merupakan perkara yang Haq..maka tak perlu rasa asing ataupun salah..sebab apa yang kita harapkan adalah keredhaan Allah S.W.T

Wallahuallam..Sekian~

1..2..3

..Haiii lapang pula aku hari ni..tiba-tiba je idea-idea mencurah pula untuk memblogging...

Ok..Ehem2..Assalamualaikum w.r.t

    Apa yang aku nak kongsikan hari ini adalah kupasan daripada majlis ilmu yang aku ikut kat Puchong..Of course bersama Ustaz Shafie..heee..Lately aku dah jarang ikut majlis ilmu dia tapi the most recent would be in this occasion..

    Kitorang bertolak lebih kurang pukul 6.30 petang and sampai di sana tepat-tepat azan maghrib berkumandang..Waktu tu Ustaz mengajar menggunakan kitab yang biasa dia guna (lupa nama dia) tapi sewaktu dalam pengajian Ustaz ada kupas satu hadis dalam kitab Tanbighul Ghafilin..Fuhhh kitab hebat ni..aku pernah baca..menarik untuk di baca.. tapi untuk kefahaman, kena ada orang alim terangkanlah apa yang dimaksudkan untuk setiap hadis yang di rawi di dalam tu..

    Hadis yang di kupas hari tu menceritakan tentang 3 amalan yang mana Allah S.W.T akan naikkan darjat hambanya sekiranya hamba tersebut beramal dengannya..macamana menarik tak?..Ok secara keseluruhannya ada jutaan bahkan lebih lagi amalan yang mana Allah S.W.T suka..namun dalam banyak-banyak amalan..tiga amalan inilah yang paling Allah S.W.T suka..

Amalan yang pertama,,,,,,,,

  • Beri  makan ( sedekah )

               Haaa..inilah nilai yang paling susah orang hari  ni nk follow..kalau kita keluar makan dengan kawan-kawan kita mesti kita suruh Taukeh kedai tu kira asing-asing ( bukan semualah tapi kebanyakannye macam tulah ) ..Padahal bukan tak ada duit pun nk belanja kawan kitakan..Kitab ini di rawi dan dikupas mengikut apa yang berlaku pada zaman Nabi S.A.W... pada zaman Rasulullah S.A.W..para sahabat selalu menahan kelaparan..ada yang menahan lapar kerana kesusahan..ada yang menahan lapar kerana takut diri melebihkan waktu duniawi daripada ukhrawi..dan ada juga yang menahan lapar kerana tak sanggup lihat sahabat lain/jiran menahan lapar...oleh sebab itu Allah S.W.T sangat suka dengan sifat ini...namun para sahabat..mereka telah usahakan sifat ini sehinggakan biarlah diri mereka lapar tetapi jangalah sahabat mereka yang lain berlapar...

Amalan yang seterusnya ialah,,,,,,,

  • Beri Salam
                Haaa ini adalah amalan yang paling special..kenapa?..sebab ini adalah amalan ahli syurga..Semua sedia maklumkan?..di syurga nanti ahli-ahli syurga akan datang melawat sahabat mereka..dan beri salam kepada mereka..Jadi menurut ustaz tu..kalau nak masuk syurga kena start dari sekarangla beri salam ( Ustaz tu saja mengusik orang kampung )..Inilah juga amalan yang paling mudah..kenapa?..sebab beri salam bukan sahaja setakat kita datang dan beri salam/ bersalam dengan orang..senyum pun dikira sebagai beri salam..kena belajar senyumlah lepas ni..


dan Amalan yang terakhir ialah,,,,,,,,
  • Bangun malam (bertahajjud)
                Amalan yang teramatlah susah bagi diri aku yang banyak dosa ni..Kalau bujang pun susah nak bangun tahajjud macamana kalau dah kahwin nanti?..conform lagi susah..hehe..tapi Ustaz tu bagitau..ehem-eham...ini tips untuk orang perempuan kat luar tu ea..sebaik-baik isteri dan juga isteri yang mana Allah S.W.T berkati ialah isteri yang mana bila di malam hari..dia kejutkan suaminya untuk bangun mendirikan solat tahajjud secara berjemaah..Allahuakbar..( mengidam sebenarnya ehehehe )Moga saya dan lelaki-lelaki di luar sana dikurniakan bidadari dunia seperti ini...


    Jadi kesimpulannya apa sebenarnya yang special sangat tentang amalan-amalan ini?
         
    yang special tentang amalan-amalan ini adalah amal yang sedikit..tapi ganjaran yang besar..kalau kita kaji..dalam tiga-tiga amalan ni..hanya satu sahaja yang Allah S.W.T letakkan untuk hak dirinya..lagi dua lagi merupakan hak manusia disekeliling kita..Islam menganjurkan kita untuk saling bantu membantu dan juga bila mana kita dapat membina ukhwah yang sempurna maka barulah kefahaman agama itu bersifat sejagat...

   Macam dalam suatu kisah..cerita ni diceritakan oleh seorang pendakwah dari Jordan yang datang kat kolej aku baru-baru ni..Dia cerita..ada suatu hari, seorang Rahib yang berasal dari luar negara kelahiran beliau telah datang untuk berdakwah di Jordan..Sampai-sampai je dia telah suruh pemandu teksi yang bawa dia  ke kawasan yang paling banyak orang islam ( ni memang sah-sah nak sesatkan orang islam )..Pemandu teksi tu pun bawa dia kat markas dakwah Jordan ( memang conformlah ramaikan?)..So bila dia sampai je dia look very terrified...sebab ramai sangat orang pakai jubah..berserban..

  So this man ( pendakwah tersebut ) greet the priest..and offer an accommodation and a cup of  tea...So rahib ni terkejutla.. dalam hati dia berkata "baik betul orang kat sini..belum sempat aku turun dah ada orang greet aku"..nak tau?..perkatan pertama yang keluar dari mulut rahib tu ialah "why don't you kill me?".hahaha...menurut pendakwah tu..rahib tu cakap dia kenal islam sebagai agama yang menganjurkan keganasan..pembunuhan..perang dan seangkatan dengannya..dan dia tak pernah sangka yang umat islam sebenarnya sebaik ini..belum sempat dia turun teksi lagi dia dah di layan macam seorang raja...Allahuakbar..

 Panjang sebenarnya ceritanya..sampailah rahib tu masuk islam..tapi aku cerita sampai part ni je..cz aku nak highlight tentang kaitan antara cerita ini dengan findings yang aku dapat dalam pengajian aku..

  Jadi..marilah kita berlumba-lumba beramal..mana tau asbab amalan kita..jadi asbab hidayah untuk orang lain....

InsyAllah~wallahuallam.~wassalam....

  

Wednesday, October 26, 2011

Wykeeee..Wykeee

Assalamualaikum w.r.t

  Hehe..bznyer aku lately..sangat bz..ni pn update blog cz ada orang request suruh update.."jgn senyum ea orng yang baca tu" hehe..Ok la..sebenarnya aku tak ada cerita yang best pun untuk diketengahkan..Tapi "this story" maybe will fill up this blog for quite a while...

  Minggu lepas aku berkesempatan untuk pergi ke Majid Sri Petaling bersama my soulmate (Fikri) hehe..jangan fikir bukan-bukan ea.."sahabat karib aku"..and kitorang pergi weekdays cz nak dengar ustaz-ustaz alim berceramah.."note=kalau pergi setiap malam sabtu selalunyer foreigner yang beri ceramah"..Kawan aku yang sorang ni rindu nak dengar "Maulana" berceramah..heeee

  Well Ustaz yang beri ceramah waktu tu Ustaz Hamid..Mudir Masjid Jamek Sri Petaling.. mesti kenalkan?..heee..Cerita dia berkisar bagaimana hari ini kita mendirikan amalan fardhu tanpa rasa yakin yang mendalam terhadap nusrah dan keagungan ilahi...

Lari dari topik kejap...

  Sebenarnya aku dapat lihat benda yang sama jugak sekarang..antara sebab yang menjadikan kita lari dari fadhilat sebenar amalan, muamalat dan muasyarat islam adalah kerana kita tak datang kepada manhaj ilmu yang betul. Cuba kita lihat..Ramai anak muda sekarang sememangnye terpaut hati terhadap agama..Alhamdulillah...Tapi laluan ilmu yang dituntut tu salah..

      Faham tak?..tak fahamkan..ok ini penerangannya

           Kita banyak mencari fakta dan juga ilmu yang bukan ilahiat..contoh..input-input dari internet..salah ke kita baca...tak salah..tapi apa yang kita kena khuatirkan ialah tentang kesahihan input-input tersebut..dan sedihnya bila hari ini remaja-remaja yang kononya "hebat" dalam perkara agama ini menjadikan sumber-sumber ini sebagai rujukan...Dan antara sebab  ilmu yang kita dapat ini tak berkat ialah apabila tidak ada mujahadah dalam menuntut ilmu..That is why..kalau kita tengok anak-anak muda dan pak cik-pak cik yang datang ke surau, masjid atau madrasah untuk menuntut ilmu...rasa sejuk je and we can see the way islam develop in them...sebab bila ada mujahadah..ada keinginan..Allah akan campakkan kekuatan untuk beramal dan Allah akan pandu ke arah mustaqim...But how about those who become alim in front of their computer?..tak usah cakapla ea..kita pun sendiri boleh tengokkan?..
         
          Diorang pun kadang-kadang bertelagah di antara diorang..Tapi mereka ini tak adalah teruk sangat..Cumanya..Mereka menjadi terlalu rigid..keras..ini tak boleh..itu tak boleh..sedangkan sekiranya kita dapat datang dengan kasih sayang dan ikram yang sempurna, insyAllah kebatilan akan tumpas..kesimpulannya untuk kita mencari ilmu yang sahih untuk menjadi pegangan kita..kita hendaklah mendampingi para ulama..belajar dengan mereka..merekalah pewaris ilmu kenabian..dan ulama yang kita nak belajar ni, kita kena tengok juga fikir risau dia..jangan la kita pergi belajar dengan ulama yang sibuk berpolitik pulak..heee..dan kita perlulah letakkan sifat rendah diri dalam diri kita..cz sepandai-pandai kita pun..siapalah kita kalau nak dibandingkan dengan orang yang habiskan seluruh hidup dia untuk mengaji ilmu Allah..insyAllah Allah akan terangkan hati...

So..apa kaitannya dengan intro kat atas tu..

          Kaitannya ialah bila kita beriman berasaskan sumber yang salah..maka rosaklah amalan, akhlak dan akidah kita...dan bila segalanya rosak maka bagaimana degan keyakinan kita?..hmmm

Ustaz tersebut kemudiannya..bercerita

          Ada suatu kisah..bagaimana satu hari seorang sahabat meninggal di jalan Allah S.W.T..dan sahabat-sahabat lain yang membawa pulang jenazah sahabat tersebut berasa sangat khuatir/risau untuk menyampaikan khabar tentang kematian sahabat ini terhadap ibunya..Ibu kepada pemuda yang meninggal dunia ini merupakan ibu tunggal dan sangat menyayangi anaknya..bagi dirinya anak dialah merupakan tonggak kepada keluarga yang daif ini..Namun walaupun dihalang..disembunyikan..dan dilarang..berita tentang kematian pemuda tetap sampai kepada ibunya..


          Ibunya redha dengan pemergian anaknya..namun akibat kerinduan yang teramat sangat terhadap anaknya ini..maka dia telah mendirikan dua rakaat solat..dan berdoa kepada Allah S.W.T untuk menghidupkan kembali anaknya yang telah meniggal dunia..Dengan keyakinan yang tinggi terhadap keagungan  Allah S.W.T..anaknya dengan izin Allah telah hidup sejurus selepas air mata sahabiah ini jatuh di tangannya..
Sahabat yang menceritakan kisah ini beritahu.." pada waktu pagi aku mandikan jenazah dia..pada waktu petang aku makan bersama dia"..Allahuakbar..

InsyAllah..keyakinan seperti inilah yang kita perlu hidupkan dalam diri kita..
moga Allah S.W.T beri hidayah untuk kita bersama dapat amal agama yang sempurna

Doakan saya ea..Sahabat-Sahabat

Sekian~Wassalam

Thursday, June 2, 2011

Kehidupan baru...

   Assalamualaikum..Ya maulai..Ya akhii..Ya Sheikhhhh
Hahaha...

  Rasenyer macam terlalu awal untuk citer pasal LI..Tak habis lg LI aku nih..buat masa ni aku nk citer more on environment aku..well macam biasala..blog ni memang dicipta untuk memberi kutukan dan kritikan membina mendapat perhatian umum ...haha
  First and for all Thanks to Allah..for placing me in this beloved company...heeee..nk tau kenapa best buat LI kat sini?..Hmm best sebab di sini aku dapat lihat agama..ada sembahyang jemaah..ada kuliah agama..best gile..haha..aku akui yang diri aku ni agak memberontak sikit..kadang-kadang berhibur berlebihan..tapi aku tak nafikan cinta aku terhadap suasana ini amat kuat..[Note: nanti aku citer plak kenapa aku x suka LI kat sini..hahaha]
  Tambah-tambah orang-orang yang bekerja kt sini rata-ratanya agak familiar untuk aku muka-muka diorang ni..Diorang kat luar memang hebat dalam usaha agama diorang..tapi kat dalam company ni diorang low profile je..still, hebat jugak diorang ni..
   Even abang seguru aku pun bekerja kat sini..tapi under unit lain..so memang tak jumpala..tapi kalau ada pengjian hari isnin-khamis kitorang jumpa ar..sejak akhir-akhir ni aku buzy gler plak dengan 2 member aku ni ( budak UTP ) sampai pengajian pun dapat ikut-ikut macam tu je. Baba ( Ustaz Shafie ) ada jugak tegur..tapi kadang-kadang ajakla dia menge"teh" lepas kelas..boleh borak panjang & boleh review balik apa yang aku tertinggal. Tak pe la atas niat ikram..insyAllah mana tau Allah pilih diorang untuk majukan Agama ke?..amin~
  Terus terang aku ni bukanla protokol sangat so kalau berkawan dengan aku janganlah expect yang aku ni dedicated sangat..Aku memang dedicated tapi lebih kepada kerja-kerja yang diberi kat aku..tapi untuk rule-rule luar ni aku agak flexible sikit..sebab tu aku kalau nak keluar jalan-jalan time kerja memang tak ada masalah..as long as kerja aku dah siap atau boleh siap..

  Di TNB research ni aku perhatikan memang ramai je orang yang sangat hebat bercakap..tak nak kalah..kalau nak marah tu..marah je ikut suka..kadang-kadang orang tak salah pun kena terima diri dimarahi sedangkan kesalahan yang dibuat tu bukanlah berpunca daripada diri dia pun..huishhh tak faham aku...Aku sedar yang kadang memang kita dapat lihat yang "orang yang buat usaha agama" ni muamalat tak betul sket..diorang pun "weng" jugak..tapi tak adalah diorang nak suka-suka je marah haha...
  Kalau diberi pilihan samada nak bekerja kat sini..aku secara jujurnya rasa tak kot?..researcher ni bukan profession aku kot?..memang aku ada pasang angan-angan nak masuk akademik line..akademik~research lebih kurang ar...tapi I've not see everything yet..so susah nak decide..ada jugak angan-angan nak ambil Master Degree in Bussiness Admin...boleh masuk managemen line?..haha..serabut..
  Apa-apa pon..tak kiralah sape kita di kemudian hari..Yang lebih penting..Yang lebih afdhal..adalah sape kita di sisi Sang pencipta..Moga kesudahan yang baik Allah bekalkan untuk diri yang kerdil ini..dan semoga kami sekeluarga sentiasa dipayungi rahmat dan belas kasihan dari dirimu Tuhan....

Thursday, April 14, 2011

Wuuuhuuuu

Assalamualaikum..

 Cuba tengok jarak antara last post dgn post ni?..lamenyer x menulis...Busy kot?..tp tak jugak..haaaa macamana tu?..Ok sekarang ni ada isu..ada orang isu kat aku..apa sebenarnya hala tuju blog ni?...Well sebenarnya blog ni lebih berkonsepkan "Diari" dan luahan hati aku terhadap beberapa perkara yang lebih menjurus kepada agama..So basically..Hala tuju blog ni bergerak seiring dengan diri ini...Apa yang aku rasa bernilai untuk kongsi akan segera aku post kat sini..dan aku cuba terjemah dengan cara yang terbaik..Tapi ada banyak sangat perkara yang nak dikongsi sampai aku sendiri pun tak tau nak start dengan yang mana dulu...Bolehlah dikonklusikan blog ni lebih banyak mengkritik dan juga berkongsi tentang perihal akhlak,muamalat,muasyarat dan ibadat..
  Ada juga orang yang mempertikaikan perjuangan yang diketengahkan melalui blog ni..Well simple..Aku perjuangkan apa yang sepatutnya seorang yang beragama "Islam" perjuangkan..Aku faham..lebih ramai anak muda sekarang lebih suka perjuangkan perkara-perkara seperti football, politics, gadgets, womens and a lot more..Aku tak cakap pun salah..Cuma tak kiralah apa sahaja pegangan kita..Adalah lebih baik kita datang kepada perjuangan yang Haq...Perjuangan yang hakiki..
  Berjuang untuk Universiti, suatu hari universiti akan ditinggalkan.. (Aku pun kalau ada peluang continue study, tak nak aku sambung kat U aku=korang pun sama kan?)...Aim higher..Berjuang untuk Politik..(Lebih dalam dituruti lebih banyak zulmat yang ikut)..Ada orang cakap..ada yang pandai bawak diri..Betul aku sokong..tapi kebanyakannye Bullshit..Sorry for the words..Masalahnye yang kebanyakan tu la yang banyak kalau dibandingkan dengan yang pandai bawa diri...Berjuang untuk Cinta Wanita (Biasa-biasa sudah..yang aku pelik, ada jugak golongan-golongan yang ekstrim sangat dengan benda ni)..Malu weiii...Dan macam-macamlah..Well macam aku cakap..aku tak menghalang korang nak berjuang untuk apa-apa benda pun..tapi ada otak..fikir..ada iman..amal.
 Ok cukup-cukp..cukup mengutuk orang...kalau nak ikutkan..banyak lagi dalam list ni..tapi cukup-cukuplah tu..Dan hari ini jugak aku nak istiharkan..yang aku akan manage satu lagi blog yang lebih berkonsepkan..keghairahan aku terhadap beberapa juzuk kehidupan ni..tak nak cerita dengan lebih detail pasal konsep dan "perjuangan"..Tapi blog ni boleh dikira lebih chillex ar..Blog yang aku namakan sebagai "Blank Side of Me"...

Till Then,

Holla..Holla

Saturday, January 22, 2011

Internship..internship..internship..

Haaarggggghhh...

   Sebenarnya aku memang malas nak fikir pasal perkara yang leceh..dan yang paling penting malas betul nk pikir untuk benda yang akan effect langkah-langkah aku yang seterusnya..langkah aku ke alam pekerjaan..heee.. Tahun ni aku akan buat praktikal..so far dah empat syarikat yang dah reply application aku..
  • BMW Cyberjaya
  • Asian Steel Holdings
  • Malakoff Sdn Bhd (Tanjung Bin Power Plant)
  • Tenaga Nasional Berhad Research (TNB R)
  Alhamdulillah...ada jugak company nak amek aku wat praktikal dengan diorang..Dalam empat-tempat ni aku dah reject offer Asian Steel Holdings (ceh wah siap boleh main reject-reject plak)..sebabnyer diorang cakap workplace diorang terlalu bahaya sangat so dia bagi kerja-kerja yang simple-simple jew..mula-mula aku hold dulu sebab company ni agak best jgak ar..lagipun memang kene sangat dengan kos aku..tapi area manufacturingla..tapi bila dapat offer yang seterusnya..aku dah tak fikir dah offer die..haha..BMW Cyberjaya pulak, diorang reject aku..heee..sebenarnya offer latter diorang emel je kat aku..dia suruh bagi feedback and kene attend interview..ni la offer paling awal sekali aku dapat..belum lagi masuk second sem dah dapat dah..tapi bila aku bagitau yang aku nak wat praktikal 3 bulan je..diorang straight cakap tak boleh sebab diorang nak trainee yang buat praktikal at least 4 bulan and maximum of 5 bulan..masuk je second sem..University inform yang kitorang akan follow new accademic calendar..in which, aku boleh buat praktikal with maximum of 5 month..damn..melepas aku..BMW tuuu...

  Company yang seterusnya Malakoff Sdn. Bhd. Bebudak U aku mesti tak hairan kalau aku dapat company ni sebabnyer aku scholar company ni..hehe..Memang dapat placement..tapi memang jauh ar..Tanjung Bin Power Plant..Allowance yang diorang bagi antara yang tertinggi tapi slacknyer diorang tak bagi tempat tinggal..dah la jarak antara final paper dengan date mula praktikal pendek je..memang kelam kabut ar nak cari rumah sewa..terfikir jugak aku, ada ke orang nak bagi sewa rumah 3/4 bulan?..tu pun kene pikir jugak..payah..payah-payah pun akhirnya Allah S.W.T mudahkan..ada seorang kawan aku ni duduk dekat-dekat area situ..nenek dia ada rumah untuk disewakan..murah ar bagi aku..RM 300 sebulan..rumah 3 bilik 2 tingkat..memang affordable..yang sedihnya..tak kan aku nak duduk sorang-sorang kat rumah sebesar-besar alam tu..haiyaaaa..


  Baru-baru ni TNB R pulak call..HR dia nampak macam nak paksa pulak aku wat praktikal kat sana..mungkin sebab dah ramai sangat budak EE (elektrikal) yang apply kat sana..Best jugak sebab nampak diorang macam choosy je dalam memilih budak-budak praktikal..walaupun allowance yang dia bagi tak lah sebesar Malakoff tapi convenience ar..Lagipun ada senior aku keje sebagai researcher kat situ..Feedback daripada apa yang dia cerita agak memberangsangkan..Cumanya Tnb R ni boleh dikatakan sebagai market untuk budak-budak ee..Sebab siapa-siapa yang pernah ada experience bekerja kat sini memang menjadi rebutan company-company kat luar..samalah macam budak me yang bekerja kat power plant..Lagipun dekat pun dekat..belakang apartment aku jew..lompat je pagar..haha..

  So aku dalam dilema..dua-dua syarikat hebat..satu aku akan bekerja dengan diorang bila grad nanti and satu lagi terbaik untuk gain experience and knowledge..Lagipun sebelum ni aku ada experience bekerja..aku cuma takut jadi macam dulu..bila dah start buat praktikal, nak-nak dengan company yang akan aku kerja..aku mula bosan dan tak ada jazbah untuk bekerja dengan diorang..on the other hand, aku takut company aku bising..cakap aku tak willing untuk travel lah..itulah..inilah..Ntahlah..rasa macam dua-dua best..Still, aku rasa lega dan syukur aku dapat offer daripada both top company kat Malaysia..Malakoff (menurut kawan aku) company yang ada power plant yang generate power paling tinggi sekali kat dalam negara..dan punya pekerja yang agak sikit daripada yang sepatutnya..insan-insan yang terpilih je kot kerja kat situ..haha..dan Tnb..tak payahlah aku nak kenalkan..kalau aku dapat tnb power generation ke? tnb plant ke? atau yang seangkatan dengannya mungkin aku tolak sebab lebih baik pergi kat plant company aku..

 Tapi still aku thrill sangat dengan apa yang berlaku sekarang..mungkin ada offer lagi soon to come..and hopefully aku dapat pilih yang terbaik..amin..dah besar dah anak mak aku ni...

Wassalam...

Friday, January 21, 2011

Akhlak..Amal..Hati..

Akhlak natijah kepada Amal
Amal talbiah kepada...Hati


   Sebenarnya baru-baru ni..ada seorang hamba Allah ni..Dia datang kat aku..Dia cakap..Aku ni bila tak kenal nampak macam sombong..heeee..aku ni memilih kawan sangat..Tapi bila dah kenal riuh rendah jadinyer..Dia cakap macam tu lah..heee..sombong rupanya diri ini di bumi Yg Maha Esa..

    Well..bagi aku..setiap apa yang aku buat bersebab..Dari dulu sampai sekarang..Aku akui..aku agak memilih kawan..dan bila hidup di perantauan..aku belajar untuk memilih sahabat..Bagi aku..sahabat..orang yang boleh aku takluk, boleh aku kongsi, boleh aku mesyuarat, pendek kata..keluarga di kala menjalani kehidupan bersendirian..Dan kawan..ialah seorang, sekumpulan, segerombolan, sepasukan dan sebgainya yang berfungsi untuk memeriahkan majlis sahaja ataupun untuk definisi yang baik sikit untuk "mewarnai kehidupan"..ceh wah..Tapi bagi aku dua-dua ni sahabat+kawan sama-sama penting..kerana dari merekalah..kita belajar tentang..... kehidupan.



  Kenapa penting untuk memilih?..semuanya dah diterangkan pada frasa di atas..Berapa ramai orang punya kawan..punya sahabat..tapi lihat pada akhlak mereka..bagaimana kita mahu bersahabat/berkawan..bagaimana ingin memilih?Pilihlah sahabat/kawan yang mana bila kita melihat mereka..maka kita akan ingat akan agama..Sifat mereka, Ibadat mereka, Fikir mereka semuanya ke arah agama..kenapa? tak boleh pilih yang lain?..Boleh..siapa kata tak boleh? Tapi Rasulullah S.AW pernah bersabda dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud:-

                 Perumpamaan teman yang baik adalah seperti pemilik kasturi, Jikalau kamu tidak mendapat sedikit kasturi daripadanya, kamu tetap mendapat bau harumnya,
Perumpamaan teman yang jahat pula adalah seperti tukang besi, Jikalau kamu tidak terkena percikan apinya, kamu tetap terkena asapnya 


  Alhamdulillah berkat fikir risau semua pihak..boleh dikatakan semua orang jaga sembahyang.."cuma yang datang surau/masjid tu sedikit ar"..Tapi kat sini nak kata yang orang dah mula suka kat agama..Kalau pergi shopping complex tu..berlambak orang sembahyang..mamat yang seluar londeh nampak boxer bersubang dipipi ,mata dan telinga pun sembahyang..samalah jugak dengan minah yang pakai/tak pakai tudung dengan baju sendat berseluar ketat..pun sembahyang jugak..haaahhhh?..macmana tu??..Kat sini kita semua silap..agama bukan bermaksud sembahyang..baca al-quran..zikir..pakai kopiah dan berserban sahaja..akhlak pun main peranan penting jugak..memang diorang baik..tapi adakah mereka yang mempunyai mentaliti dan akhlak macam ni kita nak pilih jadi sahabat?..kawan boleh ar..sahabat hold sekejap..

  Samalah jugak dengan orang yang lengkap full sunnah..dari hujung rambut hingga hujung kaki..dari bangun tidur sampai bangun tidur balik..semua lengkap dengan sunnah..tapi dok pancung orang..bila salah tak nak belajar..bila tegur buat muka.."bajet hebatla"..dah tegur banyak kali pun tak nak ubah perangai..depan cakap lain belakang cakap lain..mesyuarat putus ikut suka.."sorry terbawa-bawa oleh isu semasa"..orang macam ni pun tak boleh buat sahabat..sebab bila kita tengok dia tak nampak agama..tapi nampak syaitan dok gendang kat belakang kita..huuhh bahaya-bahaya..Bila akhlak kita dah rosak..Sembahyanglah 1000 rakaat atau lebih lagi..amal tetap sia-sia jugak..hati makin rosak..sebab dari yang awal-awal dah tak betul..tapi..tapi..nak buat kawan bolehla..

  Jadi sebelum kita sampai pada yang akhir..permulaan mesti kena betul..macam sembahyang..bermula dari wudu' dah kena betul dah..begitu juga dengan amal..Sebelum kita beramal..kita kena tahu kenapa nak beramal?..tujuannya untuk dapat redha Yang Maha Esa..dan" macam-macam" lagi..Umat akhir zaman ni..nak beramal pun kena ada sebab-sebab lain..haih pening aku..dan bila beramal..mestilah kita nak amalan kita diterima..untuk itu..untuk dapat penerimaan daripada Allah S.W.T..kenalah perbaiki..apa yang kurang ditambah..dan sebagainya..dan kena ada talab..betul ke ejaan?..talab=keinginan/kemahuan untuk belajar..walaupun dapat Dean List setiap sem..tetap kena belajar..jangan nak menyombong pulak..jadi apa yang aku cakap ni untuk aku jugak..dan untuk semua yang sedia jadikan tauladan..Akhir sekali..walaupun apa sahaja keadaan sahabat/kawan kita..kita kena sentiasa kasih dan maafkan mereka.."orang yang beriman itu bersaudara"..yang baik kita ambil untuk kemajuan diri..yang buruk kita jadikan sempadan..jaga pergaulan..jaga percakapan..Dan kepada sahabat/kawan yang bertanya kepada aku tadi..Inilah jawapannya..

Wassalam.......

 

Monday, January 3, 2011

Welcome 2011

     Maybe agak lambat jugakla untuk buat New Year Resolution..Tapi macam biasalah aku ni bukan update sangat  blog ni..tapi apa yang pasti..there's something "big" gonna happen this year..Friendly speaking, I've felt "the breeze of satisfaction" quiet a while..hopefully this will be a one hell of indicator of success in any means..it seems like there's a beginning of something else..could it be the "Age of Myself"?..well it's not impossible..We'll wait and see..there's a lot of news that I'd like to share..I'll keep this blog mess up sooner or later..haha..
       What ever it is (slang Lecture Heat aku=Mujibur Rahman)..I'll do my best this time..Never Hold Back..Never back Down..Top of the world...One more time..haha



                                                        Enjoy!!!!!