Saturday, January 22, 2011

Internship..internship..internship..

Haaarggggghhh...

   Sebenarnya aku memang malas nak fikir pasal perkara yang leceh..dan yang paling penting malas betul nk pikir untuk benda yang akan effect langkah-langkah aku yang seterusnya..langkah aku ke alam pekerjaan..heee.. Tahun ni aku akan buat praktikal..so far dah empat syarikat yang dah reply application aku..
  • BMW Cyberjaya
  • Asian Steel Holdings
  • Malakoff Sdn Bhd (Tanjung Bin Power Plant)
  • Tenaga Nasional Berhad Research (TNB R)
  Alhamdulillah...ada jugak company nak amek aku wat praktikal dengan diorang..Dalam empat-tempat ni aku dah reject offer Asian Steel Holdings (ceh wah siap boleh main reject-reject plak)..sebabnyer diorang cakap workplace diorang terlalu bahaya sangat so dia bagi kerja-kerja yang simple-simple jew..mula-mula aku hold dulu sebab company ni agak best jgak ar..lagipun memang kene sangat dengan kos aku..tapi area manufacturingla..tapi bila dapat offer yang seterusnya..aku dah tak fikir dah offer die..haha..BMW Cyberjaya pulak, diorang reject aku..heee..sebenarnya offer latter diorang emel je kat aku..dia suruh bagi feedback and kene attend interview..ni la offer paling awal sekali aku dapat..belum lagi masuk second sem dah dapat dah..tapi bila aku bagitau yang aku nak wat praktikal 3 bulan je..diorang straight cakap tak boleh sebab diorang nak trainee yang buat praktikal at least 4 bulan and maximum of 5 bulan..masuk je second sem..University inform yang kitorang akan follow new accademic calendar..in which, aku boleh buat praktikal with maximum of 5 month..damn..melepas aku..BMW tuuu...

  Company yang seterusnya Malakoff Sdn. Bhd. Bebudak U aku mesti tak hairan kalau aku dapat company ni sebabnyer aku scholar company ni..hehe..Memang dapat placement..tapi memang jauh ar..Tanjung Bin Power Plant..Allowance yang diorang bagi antara yang tertinggi tapi slacknyer diorang tak bagi tempat tinggal..dah la jarak antara final paper dengan date mula praktikal pendek je..memang kelam kabut ar nak cari rumah sewa..terfikir jugak aku, ada ke orang nak bagi sewa rumah 3/4 bulan?..tu pun kene pikir jugak..payah..payah-payah pun akhirnya Allah S.W.T mudahkan..ada seorang kawan aku ni duduk dekat-dekat area situ..nenek dia ada rumah untuk disewakan..murah ar bagi aku..RM 300 sebulan..rumah 3 bilik 2 tingkat..memang affordable..yang sedihnya..tak kan aku nak duduk sorang-sorang kat rumah sebesar-besar alam tu..haiyaaaa..


  Baru-baru ni TNB R pulak call..HR dia nampak macam nak paksa pulak aku wat praktikal kat sana..mungkin sebab dah ramai sangat budak EE (elektrikal) yang apply kat sana..Best jugak sebab nampak diorang macam choosy je dalam memilih budak-budak praktikal..walaupun allowance yang dia bagi tak lah sebesar Malakoff tapi convenience ar..Lagipun ada senior aku keje sebagai researcher kat situ..Feedback daripada apa yang dia cerita agak memberangsangkan..Cumanya Tnb R ni boleh dikatakan sebagai market untuk budak-budak ee..Sebab siapa-siapa yang pernah ada experience bekerja kat sini memang menjadi rebutan company-company kat luar..samalah macam budak me yang bekerja kat power plant..Lagipun dekat pun dekat..belakang apartment aku jew..lompat je pagar..haha..

  So aku dalam dilema..dua-dua syarikat hebat..satu aku akan bekerja dengan diorang bila grad nanti and satu lagi terbaik untuk gain experience and knowledge..Lagipun sebelum ni aku ada experience bekerja..aku cuma takut jadi macam dulu..bila dah start buat praktikal, nak-nak dengan company yang akan aku kerja..aku mula bosan dan tak ada jazbah untuk bekerja dengan diorang..on the other hand, aku takut company aku bising..cakap aku tak willing untuk travel lah..itulah..inilah..Ntahlah..rasa macam dua-dua best..Still, aku rasa lega dan syukur aku dapat offer daripada both top company kat Malaysia..Malakoff (menurut kawan aku) company yang ada power plant yang generate power paling tinggi sekali kat dalam negara..dan punya pekerja yang agak sikit daripada yang sepatutnya..insan-insan yang terpilih je kot kerja kat situ..haha..dan Tnb..tak payahlah aku nak kenalkan..kalau aku dapat tnb power generation ke? tnb plant ke? atau yang seangkatan dengannya mungkin aku tolak sebab lebih baik pergi kat plant company aku..

 Tapi still aku thrill sangat dengan apa yang berlaku sekarang..mungkin ada offer lagi soon to come..and hopefully aku dapat pilih yang terbaik..amin..dah besar dah anak mak aku ni...

Wassalam...

Friday, January 21, 2011

Akhlak..Amal..Hati..

Akhlak natijah kepada Amal
Amal talbiah kepada...Hati


   Sebenarnya baru-baru ni..ada seorang hamba Allah ni..Dia datang kat aku..Dia cakap..Aku ni bila tak kenal nampak macam sombong..heeee..aku ni memilih kawan sangat..Tapi bila dah kenal riuh rendah jadinyer..Dia cakap macam tu lah..heee..sombong rupanya diri ini di bumi Yg Maha Esa..

    Well..bagi aku..setiap apa yang aku buat bersebab..Dari dulu sampai sekarang..Aku akui..aku agak memilih kawan..dan bila hidup di perantauan..aku belajar untuk memilih sahabat..Bagi aku..sahabat..orang yang boleh aku takluk, boleh aku kongsi, boleh aku mesyuarat, pendek kata..keluarga di kala menjalani kehidupan bersendirian..Dan kawan..ialah seorang, sekumpulan, segerombolan, sepasukan dan sebgainya yang berfungsi untuk memeriahkan majlis sahaja ataupun untuk definisi yang baik sikit untuk "mewarnai kehidupan"..ceh wah..Tapi bagi aku dua-dua ni sahabat+kawan sama-sama penting..kerana dari merekalah..kita belajar tentang..... kehidupan.



  Kenapa penting untuk memilih?..semuanya dah diterangkan pada frasa di atas..Berapa ramai orang punya kawan..punya sahabat..tapi lihat pada akhlak mereka..bagaimana kita mahu bersahabat/berkawan..bagaimana ingin memilih?Pilihlah sahabat/kawan yang mana bila kita melihat mereka..maka kita akan ingat akan agama..Sifat mereka, Ibadat mereka, Fikir mereka semuanya ke arah agama..kenapa? tak boleh pilih yang lain?..Boleh..siapa kata tak boleh? Tapi Rasulullah S.AW pernah bersabda dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud:-

                 Perumpamaan teman yang baik adalah seperti pemilik kasturi, Jikalau kamu tidak mendapat sedikit kasturi daripadanya, kamu tetap mendapat bau harumnya,
Perumpamaan teman yang jahat pula adalah seperti tukang besi, Jikalau kamu tidak terkena percikan apinya, kamu tetap terkena asapnya 


  Alhamdulillah berkat fikir risau semua pihak..boleh dikatakan semua orang jaga sembahyang.."cuma yang datang surau/masjid tu sedikit ar"..Tapi kat sini nak kata yang orang dah mula suka kat agama..Kalau pergi shopping complex tu..berlambak orang sembahyang..mamat yang seluar londeh nampak boxer bersubang dipipi ,mata dan telinga pun sembahyang..samalah jugak dengan minah yang pakai/tak pakai tudung dengan baju sendat berseluar ketat..pun sembahyang jugak..haaahhhh?..macmana tu??..Kat sini kita semua silap..agama bukan bermaksud sembahyang..baca al-quran..zikir..pakai kopiah dan berserban sahaja..akhlak pun main peranan penting jugak..memang diorang baik..tapi adakah mereka yang mempunyai mentaliti dan akhlak macam ni kita nak pilih jadi sahabat?..kawan boleh ar..sahabat hold sekejap..

  Samalah jugak dengan orang yang lengkap full sunnah..dari hujung rambut hingga hujung kaki..dari bangun tidur sampai bangun tidur balik..semua lengkap dengan sunnah..tapi dok pancung orang..bila salah tak nak belajar..bila tegur buat muka.."bajet hebatla"..dah tegur banyak kali pun tak nak ubah perangai..depan cakap lain belakang cakap lain..mesyuarat putus ikut suka.."sorry terbawa-bawa oleh isu semasa"..orang macam ni pun tak boleh buat sahabat..sebab bila kita tengok dia tak nampak agama..tapi nampak syaitan dok gendang kat belakang kita..huuhh bahaya-bahaya..Bila akhlak kita dah rosak..Sembahyanglah 1000 rakaat atau lebih lagi..amal tetap sia-sia jugak..hati makin rosak..sebab dari yang awal-awal dah tak betul..tapi..tapi..nak buat kawan bolehla..

  Jadi sebelum kita sampai pada yang akhir..permulaan mesti kena betul..macam sembahyang..bermula dari wudu' dah kena betul dah..begitu juga dengan amal..Sebelum kita beramal..kita kena tahu kenapa nak beramal?..tujuannya untuk dapat redha Yang Maha Esa..dan" macam-macam" lagi..Umat akhir zaman ni..nak beramal pun kena ada sebab-sebab lain..haih pening aku..dan bila beramal..mestilah kita nak amalan kita diterima..untuk itu..untuk dapat penerimaan daripada Allah S.W.T..kenalah perbaiki..apa yang kurang ditambah..dan sebagainya..dan kena ada talab..betul ke ejaan?..talab=keinginan/kemahuan untuk belajar..walaupun dapat Dean List setiap sem..tetap kena belajar..jangan nak menyombong pulak..jadi apa yang aku cakap ni untuk aku jugak..dan untuk semua yang sedia jadikan tauladan..Akhir sekali..walaupun apa sahaja keadaan sahabat/kawan kita..kita kena sentiasa kasih dan maafkan mereka.."orang yang beriman itu bersaudara"..yang baik kita ambil untuk kemajuan diri..yang buruk kita jadikan sempadan..jaga pergaulan..jaga percakapan..Dan kepada sahabat/kawan yang bertanya kepada aku tadi..Inilah jawapannya..

Wassalam.......

 

Monday, January 3, 2011

Welcome 2011

     Maybe agak lambat jugakla untuk buat New Year Resolution..Tapi macam biasalah aku ni bukan update sangat  blog ni..tapi apa yang pasti..there's something "big" gonna happen this year..Friendly speaking, I've felt "the breeze of satisfaction" quiet a while..hopefully this will be a one hell of indicator of success in any means..it seems like there's a beginning of something else..could it be the "Age of Myself"?..well it's not impossible..We'll wait and see..there's a lot of news that I'd like to share..I'll keep this blog mess up sooner or later..haha..
       What ever it is (slang Lecture Heat aku=Mujibur Rahman)..I'll do my best this time..Never Hold Back..Never back Down..Top of the world...One more time..haha



                                                        Enjoy!!!!!