Friday, January 21, 2011

Akhlak..Amal..Hati..

Akhlak natijah kepada Amal
Amal talbiah kepada...Hati


   Sebenarnya baru-baru ni..ada seorang hamba Allah ni..Dia datang kat aku..Dia cakap..Aku ni bila tak kenal nampak macam sombong..heeee..aku ni memilih kawan sangat..Tapi bila dah kenal riuh rendah jadinyer..Dia cakap macam tu lah..heee..sombong rupanya diri ini di bumi Yg Maha Esa..

    Well..bagi aku..setiap apa yang aku buat bersebab..Dari dulu sampai sekarang..Aku akui..aku agak memilih kawan..dan bila hidup di perantauan..aku belajar untuk memilih sahabat..Bagi aku..sahabat..orang yang boleh aku takluk, boleh aku kongsi, boleh aku mesyuarat, pendek kata..keluarga di kala menjalani kehidupan bersendirian..Dan kawan..ialah seorang, sekumpulan, segerombolan, sepasukan dan sebgainya yang berfungsi untuk memeriahkan majlis sahaja ataupun untuk definisi yang baik sikit untuk "mewarnai kehidupan"..ceh wah..Tapi bagi aku dua-dua ni sahabat+kawan sama-sama penting..kerana dari merekalah..kita belajar tentang..... kehidupan.



  Kenapa penting untuk memilih?..semuanya dah diterangkan pada frasa di atas..Berapa ramai orang punya kawan..punya sahabat..tapi lihat pada akhlak mereka..bagaimana kita mahu bersahabat/berkawan..bagaimana ingin memilih?Pilihlah sahabat/kawan yang mana bila kita melihat mereka..maka kita akan ingat akan agama..Sifat mereka, Ibadat mereka, Fikir mereka semuanya ke arah agama..kenapa? tak boleh pilih yang lain?..Boleh..siapa kata tak boleh? Tapi Rasulullah S.AW pernah bersabda dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud:-

                 Perumpamaan teman yang baik adalah seperti pemilik kasturi, Jikalau kamu tidak mendapat sedikit kasturi daripadanya, kamu tetap mendapat bau harumnya,
Perumpamaan teman yang jahat pula adalah seperti tukang besi, Jikalau kamu tidak terkena percikan apinya, kamu tetap terkena asapnya 


  Alhamdulillah berkat fikir risau semua pihak..boleh dikatakan semua orang jaga sembahyang.."cuma yang datang surau/masjid tu sedikit ar"..Tapi kat sini nak kata yang orang dah mula suka kat agama..Kalau pergi shopping complex tu..berlambak orang sembahyang..mamat yang seluar londeh nampak boxer bersubang dipipi ,mata dan telinga pun sembahyang..samalah jugak dengan minah yang pakai/tak pakai tudung dengan baju sendat berseluar ketat..pun sembahyang jugak..haaahhhh?..macmana tu??..Kat sini kita semua silap..agama bukan bermaksud sembahyang..baca al-quran..zikir..pakai kopiah dan berserban sahaja..akhlak pun main peranan penting jugak..memang diorang baik..tapi adakah mereka yang mempunyai mentaliti dan akhlak macam ni kita nak pilih jadi sahabat?..kawan boleh ar..sahabat hold sekejap..

  Samalah jugak dengan orang yang lengkap full sunnah..dari hujung rambut hingga hujung kaki..dari bangun tidur sampai bangun tidur balik..semua lengkap dengan sunnah..tapi dok pancung orang..bila salah tak nak belajar..bila tegur buat muka.."bajet hebatla"..dah tegur banyak kali pun tak nak ubah perangai..depan cakap lain belakang cakap lain..mesyuarat putus ikut suka.."sorry terbawa-bawa oleh isu semasa"..orang macam ni pun tak boleh buat sahabat..sebab bila kita tengok dia tak nampak agama..tapi nampak syaitan dok gendang kat belakang kita..huuhh bahaya-bahaya..Bila akhlak kita dah rosak..Sembahyanglah 1000 rakaat atau lebih lagi..amal tetap sia-sia jugak..hati makin rosak..sebab dari yang awal-awal dah tak betul..tapi..tapi..nak buat kawan bolehla..

  Jadi sebelum kita sampai pada yang akhir..permulaan mesti kena betul..macam sembahyang..bermula dari wudu' dah kena betul dah..begitu juga dengan amal..Sebelum kita beramal..kita kena tahu kenapa nak beramal?..tujuannya untuk dapat redha Yang Maha Esa..dan" macam-macam" lagi..Umat akhir zaman ni..nak beramal pun kena ada sebab-sebab lain..haih pening aku..dan bila beramal..mestilah kita nak amalan kita diterima..untuk itu..untuk dapat penerimaan daripada Allah S.W.T..kenalah perbaiki..apa yang kurang ditambah..dan sebagainya..dan kena ada talab..betul ke ejaan?..talab=keinginan/kemahuan untuk belajar..walaupun dapat Dean List setiap sem..tetap kena belajar..jangan nak menyombong pulak..jadi apa yang aku cakap ni untuk aku jugak..dan untuk semua yang sedia jadikan tauladan..Akhir sekali..walaupun apa sahaja keadaan sahabat/kawan kita..kita kena sentiasa kasih dan maafkan mereka.."orang yang beriman itu bersaudara"..yang baik kita ambil untuk kemajuan diri..yang buruk kita jadikan sempadan..jaga pergaulan..jaga percakapan..Dan kepada sahabat/kawan yang bertanya kepada aku tadi..Inilah jawapannya..

Wassalam.......

 

No comments:

Post a Comment