Sebenarnya aku memang malas nak fikir pasal perkara yang leceh..dan yang paling penting malas betul nk pikir untuk benda yang akan effect langkah-langkah aku yang seterusnya..langkah aku ke alam pekerjaan..heee.. Tahun ni aku akan buat praktikal..so far dah empat syarikat yang dah reply application aku..
- BMW Cyberjaya
- Asian Steel Holdings
- Malakoff Sdn Bhd (Tanjung Bin Power Plant)
- Tenaga Nasional Berhad Research (TNB R)
Company yang seterusnya Malakoff Sdn. Bhd. Bebudak U aku mesti tak hairan kalau aku dapat company ni sebabnyer aku scholar company ni..hehe..Memang dapat placement..tapi memang jauh ar..Tanjung Bin Power Plant..Allowance yang diorang bagi antara yang tertinggi tapi slacknyer diorang tak bagi tempat tinggal..dah la jarak antara final paper dengan date mula praktikal pendek je..memang kelam kabut ar nak cari rumah sewa..terfikir jugak aku, ada ke orang nak bagi sewa rumah 3/4 bulan?..tu pun kene pikir jugak..payah..payah-payah pun akhirnya Allah S.W.T mudahkan..ada seorang kawan aku ni duduk dekat-dekat area situ..nenek dia ada rumah untuk disewakan..murah ar bagi aku..RM 300 sebulan..rumah 3 bilik 2 tingkat..memang affordable..yang sedihnya..tak kan aku nak duduk sorang-sorang kat rumah sebesar-besar alam tu..haiyaaaa..
So aku dalam dilema..dua-dua syarikat hebat..satu aku akan bekerja dengan diorang bila grad nanti and satu lagi terbaik untuk gain experience and knowledge..Lagipun sebelum ni aku ada experience bekerja..aku cuma takut jadi macam dulu..bila dah start buat praktikal, nak-nak dengan company yang akan aku kerja..aku mula bosan dan tak ada jazbah untuk bekerja dengan diorang..on the other hand, aku takut company aku bising..cakap aku tak willing untuk travel lah..itulah..inilah..Ntahlah..rasa macam dua-dua best..Still, aku rasa lega dan syukur aku dapat offer daripada both top company kat Malaysia..Malakoff (menurut kawan aku) company yang ada power plant yang generate power paling tinggi sekali kat dalam negara..dan punya pekerja yang agak sikit daripada yang sepatutnya..insan-insan yang terpilih je kot kerja kat situ..haha..dan Tnb..tak payahlah aku nak kenalkan..kalau aku dapat tnb power generation ke? tnb plant ke? atau yang seangkatan dengannya mungkin aku tolak sebab lebih baik pergi kat plant company aku..
Tapi still aku thrill sangat dengan apa yang berlaku sekarang..mungkin ada offer lagi soon to come..and hopefully aku dapat pilih yang terbaik..amin..dah besar dah anak mak aku ni...
Wassalam...

Hoi..
ReplyDeleteEh assalamualaikum!
ko pegi la malakoff tu..
haduh... best tu...
Power Plant tu..
Tu.. tu.. tu..
Nanti ko kenal orang-orang sane, manager ke, engineer ke, leh rekemen aku masuk sana..
Cakap la aku ni budak cemerlang, baik, sopan santun, pemurah, beriman, beramal..
Mesti dyorang amik aku punya..
Eh.. InsyaAllah dyorang amik aku..
Amacam???
malakoff ada sponsorship ke? xpenah tau lak? how to apply?
ReplyDelete