Thursday, October 27, 2011

Kisah Dolu-Dolu #1

Kisah ini ialah untuk renungan bersama...

    Kisah ini berlaku pada zaman Nabi Ibrahim A.S...bagaimana dalam kisah ini diceritakan sewaktu zaman Nabi Ibrahim A.S ada satu penyakit yang berjangkit dan amat dikhuatiri oleh seluruh rakyat jelata..even Namrud pun scared..hahaha..Penyakit "Ain"..Ain=Ainun=Mata (betul ke?)..hehe..yelah sakit mata..inilah alasan yang digunakan oleh Nabi Ibrahim A.S to escape from the royal festival organize by Namrud..after that..semua tahukan?..macamana Nabi Ibrahim telah musnahkan semua berhala (kecuali satu) dan ditangkap oleh orang ramai..

    Nak dijadikan cerita..sewaktu Nabi Ibrahim A.S berada di dalam api yang panas membakar..terbang dua ekor burung.. yang di dalam paruhnya berisi air..setiap kali burung tersebut berada di atas api yang marak membakar tu..Burung tu akan curahkan air tersebut dengan harapan air tersebut akan memadamkan api yang membakar Ibrahim A.S

   Kemudian seseorang bertanya kepada burung tersebut (macamana dia tanya wallahualam)..Apa yang kau harapkan daripada perbuatanmu itu?...Maka burung itu telah menjawab.".Sekurang-sekurangnya aku sudah menjalankan tugasku untuk Ibrahim A.S"..lebih kurang macam tulah kisahnya..



   Apa yang nak diketengahkan dari kisah ini ialah..walaupun seluruh manusia despise apa yang kita buat..Jangan ambil kisah..Jangan ambil peduli..Sebab selagi perkara yang kita buat itu merupakan perkara yang Haq..maka tak perlu rasa asing ataupun salah..sebab apa yang kita harapkan adalah keredhaan Allah S.W.T

Wallahuallam..Sekian~

1..2..3

..Haiii lapang pula aku hari ni..tiba-tiba je idea-idea mencurah pula untuk memblogging...

Ok..Ehem2..Assalamualaikum w.r.t

    Apa yang aku nak kongsikan hari ini adalah kupasan daripada majlis ilmu yang aku ikut kat Puchong..Of course bersama Ustaz Shafie..heee..Lately aku dah jarang ikut majlis ilmu dia tapi the most recent would be in this occasion..

    Kitorang bertolak lebih kurang pukul 6.30 petang and sampai di sana tepat-tepat azan maghrib berkumandang..Waktu tu Ustaz mengajar menggunakan kitab yang biasa dia guna (lupa nama dia) tapi sewaktu dalam pengajian Ustaz ada kupas satu hadis dalam kitab Tanbighul Ghafilin..Fuhhh kitab hebat ni..aku pernah baca..menarik untuk di baca.. tapi untuk kefahaman, kena ada orang alim terangkanlah apa yang dimaksudkan untuk setiap hadis yang di rawi di dalam tu..

    Hadis yang di kupas hari tu menceritakan tentang 3 amalan yang mana Allah S.W.T akan naikkan darjat hambanya sekiranya hamba tersebut beramal dengannya..macamana menarik tak?..Ok secara keseluruhannya ada jutaan bahkan lebih lagi amalan yang mana Allah S.W.T suka..namun dalam banyak-banyak amalan..tiga amalan inilah yang paling Allah S.W.T suka..

Amalan yang pertama,,,,,,,,

  • Beri  makan ( sedekah )

               Haaa..inilah nilai yang paling susah orang hari  ni nk follow..kalau kita keluar makan dengan kawan-kawan kita mesti kita suruh Taukeh kedai tu kira asing-asing ( bukan semualah tapi kebanyakannye macam tulah ) ..Padahal bukan tak ada duit pun nk belanja kawan kitakan..Kitab ini di rawi dan dikupas mengikut apa yang berlaku pada zaman Nabi S.A.W... pada zaman Rasulullah S.A.W..para sahabat selalu menahan kelaparan..ada yang menahan lapar kerana kesusahan..ada yang menahan lapar kerana takut diri melebihkan waktu duniawi daripada ukhrawi..dan ada juga yang menahan lapar kerana tak sanggup lihat sahabat lain/jiran menahan lapar...oleh sebab itu Allah S.W.T sangat suka dengan sifat ini...namun para sahabat..mereka telah usahakan sifat ini sehinggakan biarlah diri mereka lapar tetapi jangalah sahabat mereka yang lain berlapar...

Amalan yang seterusnya ialah,,,,,,,

  • Beri Salam
                Haaa ini adalah amalan yang paling special..kenapa?..sebab ini adalah amalan ahli syurga..Semua sedia maklumkan?..di syurga nanti ahli-ahli syurga akan datang melawat sahabat mereka..dan beri salam kepada mereka..Jadi menurut ustaz tu..kalau nak masuk syurga kena start dari sekarangla beri salam ( Ustaz tu saja mengusik orang kampung )..Inilah juga amalan yang paling mudah..kenapa?..sebab beri salam bukan sahaja setakat kita datang dan beri salam/ bersalam dengan orang..senyum pun dikira sebagai beri salam..kena belajar senyumlah lepas ni..


dan Amalan yang terakhir ialah,,,,,,,,
  • Bangun malam (bertahajjud)
                Amalan yang teramatlah susah bagi diri aku yang banyak dosa ni..Kalau bujang pun susah nak bangun tahajjud macamana kalau dah kahwin nanti?..conform lagi susah..hehe..tapi Ustaz tu bagitau..ehem-eham...ini tips untuk orang perempuan kat luar tu ea..sebaik-baik isteri dan juga isteri yang mana Allah S.W.T berkati ialah isteri yang mana bila di malam hari..dia kejutkan suaminya untuk bangun mendirikan solat tahajjud secara berjemaah..Allahuakbar..( mengidam sebenarnya ehehehe )Moga saya dan lelaki-lelaki di luar sana dikurniakan bidadari dunia seperti ini...


    Jadi kesimpulannya apa sebenarnya yang special sangat tentang amalan-amalan ini?
         
    yang special tentang amalan-amalan ini adalah amal yang sedikit..tapi ganjaran yang besar..kalau kita kaji..dalam tiga-tiga amalan ni..hanya satu sahaja yang Allah S.W.T letakkan untuk hak dirinya..lagi dua lagi merupakan hak manusia disekeliling kita..Islam menganjurkan kita untuk saling bantu membantu dan juga bila mana kita dapat membina ukhwah yang sempurna maka barulah kefahaman agama itu bersifat sejagat...

   Macam dalam suatu kisah..cerita ni diceritakan oleh seorang pendakwah dari Jordan yang datang kat kolej aku baru-baru ni..Dia cerita..ada suatu hari, seorang Rahib yang berasal dari luar negara kelahiran beliau telah datang untuk berdakwah di Jordan..Sampai-sampai je dia telah suruh pemandu teksi yang bawa dia  ke kawasan yang paling banyak orang islam ( ni memang sah-sah nak sesatkan orang islam )..Pemandu teksi tu pun bawa dia kat markas dakwah Jordan ( memang conformlah ramaikan?)..So bila dia sampai je dia look very terrified...sebab ramai sangat orang pakai jubah..berserban..

  So this man ( pendakwah tersebut ) greet the priest..and offer an accommodation and a cup of  tea...So rahib ni terkejutla.. dalam hati dia berkata "baik betul orang kat sini..belum sempat aku turun dah ada orang greet aku"..nak tau?..perkatan pertama yang keluar dari mulut rahib tu ialah "why don't you kill me?".hahaha...menurut pendakwah tu..rahib tu cakap dia kenal islam sebagai agama yang menganjurkan keganasan..pembunuhan..perang dan seangkatan dengannya..dan dia tak pernah sangka yang umat islam sebenarnya sebaik ini..belum sempat dia turun teksi lagi dia dah di layan macam seorang raja...Allahuakbar..

 Panjang sebenarnya ceritanya..sampailah rahib tu masuk islam..tapi aku cerita sampai part ni je..cz aku nak highlight tentang kaitan antara cerita ini dengan findings yang aku dapat dalam pengajian aku..

  Jadi..marilah kita berlumba-lumba beramal..mana tau asbab amalan kita..jadi asbab hidayah untuk orang lain....

InsyAllah~wallahuallam.~wassalam....

  

Wednesday, October 26, 2011

Wykeeee..Wykeee

Assalamualaikum w.r.t

  Hehe..bznyer aku lately..sangat bz..ni pn update blog cz ada orang request suruh update.."jgn senyum ea orng yang baca tu" hehe..Ok la..sebenarnya aku tak ada cerita yang best pun untuk diketengahkan..Tapi "this story" maybe will fill up this blog for quite a while...

  Minggu lepas aku berkesempatan untuk pergi ke Majid Sri Petaling bersama my soulmate (Fikri) hehe..jangan fikir bukan-bukan ea.."sahabat karib aku"..and kitorang pergi weekdays cz nak dengar ustaz-ustaz alim berceramah.."note=kalau pergi setiap malam sabtu selalunyer foreigner yang beri ceramah"..Kawan aku yang sorang ni rindu nak dengar "Maulana" berceramah..heeee

  Well Ustaz yang beri ceramah waktu tu Ustaz Hamid..Mudir Masjid Jamek Sri Petaling.. mesti kenalkan?..heee..Cerita dia berkisar bagaimana hari ini kita mendirikan amalan fardhu tanpa rasa yakin yang mendalam terhadap nusrah dan keagungan ilahi...

Lari dari topik kejap...

  Sebenarnya aku dapat lihat benda yang sama jugak sekarang..antara sebab yang menjadikan kita lari dari fadhilat sebenar amalan, muamalat dan muasyarat islam adalah kerana kita tak datang kepada manhaj ilmu yang betul. Cuba kita lihat..Ramai anak muda sekarang sememangnye terpaut hati terhadap agama..Alhamdulillah...Tapi laluan ilmu yang dituntut tu salah..

      Faham tak?..tak fahamkan..ok ini penerangannya

           Kita banyak mencari fakta dan juga ilmu yang bukan ilahiat..contoh..input-input dari internet..salah ke kita baca...tak salah..tapi apa yang kita kena khuatirkan ialah tentang kesahihan input-input tersebut..dan sedihnya bila hari ini remaja-remaja yang kononya "hebat" dalam perkara agama ini menjadikan sumber-sumber ini sebagai rujukan...Dan antara sebab  ilmu yang kita dapat ini tak berkat ialah apabila tidak ada mujahadah dalam menuntut ilmu..That is why..kalau kita tengok anak-anak muda dan pak cik-pak cik yang datang ke surau, masjid atau madrasah untuk menuntut ilmu...rasa sejuk je and we can see the way islam develop in them...sebab bila ada mujahadah..ada keinginan..Allah akan campakkan kekuatan untuk beramal dan Allah akan pandu ke arah mustaqim...But how about those who become alim in front of their computer?..tak usah cakapla ea..kita pun sendiri boleh tengokkan?..
         
          Diorang pun kadang-kadang bertelagah di antara diorang..Tapi mereka ini tak adalah teruk sangat..Cumanya..Mereka menjadi terlalu rigid..keras..ini tak boleh..itu tak boleh..sedangkan sekiranya kita dapat datang dengan kasih sayang dan ikram yang sempurna, insyAllah kebatilan akan tumpas..kesimpulannya untuk kita mencari ilmu yang sahih untuk menjadi pegangan kita..kita hendaklah mendampingi para ulama..belajar dengan mereka..merekalah pewaris ilmu kenabian..dan ulama yang kita nak belajar ni, kita kena tengok juga fikir risau dia..jangan la kita pergi belajar dengan ulama yang sibuk berpolitik pulak..heee..dan kita perlulah letakkan sifat rendah diri dalam diri kita..cz sepandai-pandai kita pun..siapalah kita kalau nak dibandingkan dengan orang yang habiskan seluruh hidup dia untuk mengaji ilmu Allah..insyAllah Allah akan terangkan hati...

So..apa kaitannya dengan intro kat atas tu..

          Kaitannya ialah bila kita beriman berasaskan sumber yang salah..maka rosaklah amalan, akhlak dan akidah kita...dan bila segalanya rosak maka bagaimana degan keyakinan kita?..hmmm

Ustaz tersebut kemudiannya..bercerita

          Ada suatu kisah..bagaimana satu hari seorang sahabat meninggal di jalan Allah S.W.T..dan sahabat-sahabat lain yang membawa pulang jenazah sahabat tersebut berasa sangat khuatir/risau untuk menyampaikan khabar tentang kematian sahabat ini terhadap ibunya..Ibu kepada pemuda yang meninggal dunia ini merupakan ibu tunggal dan sangat menyayangi anaknya..bagi dirinya anak dialah merupakan tonggak kepada keluarga yang daif ini..Namun walaupun dihalang..disembunyikan..dan dilarang..berita tentang kematian pemuda tetap sampai kepada ibunya..


          Ibunya redha dengan pemergian anaknya..namun akibat kerinduan yang teramat sangat terhadap anaknya ini..maka dia telah mendirikan dua rakaat solat..dan berdoa kepada Allah S.W.T untuk menghidupkan kembali anaknya yang telah meniggal dunia..Dengan keyakinan yang tinggi terhadap keagungan  Allah S.W.T..anaknya dengan izin Allah telah hidup sejurus selepas air mata sahabiah ini jatuh di tangannya..
Sahabat yang menceritakan kisah ini beritahu.." pada waktu pagi aku mandikan jenazah dia..pada waktu petang aku makan bersama dia"..Allahuakbar..

InsyAllah..keyakinan seperti inilah yang kita perlu hidupkan dalam diri kita..
moga Allah S.W.T beri hidayah untuk kita bersama dapat amal agama yang sempurna

Doakan saya ea..Sahabat-Sahabat

Sekian~Wassalam