Thursday, October 27, 2011

1..2..3

..Haiii lapang pula aku hari ni..tiba-tiba je idea-idea mencurah pula untuk memblogging...

Ok..Ehem2..Assalamualaikum w.r.t

    Apa yang aku nak kongsikan hari ini adalah kupasan daripada majlis ilmu yang aku ikut kat Puchong..Of course bersama Ustaz Shafie..heee..Lately aku dah jarang ikut majlis ilmu dia tapi the most recent would be in this occasion..

    Kitorang bertolak lebih kurang pukul 6.30 petang and sampai di sana tepat-tepat azan maghrib berkumandang..Waktu tu Ustaz mengajar menggunakan kitab yang biasa dia guna (lupa nama dia) tapi sewaktu dalam pengajian Ustaz ada kupas satu hadis dalam kitab Tanbighul Ghafilin..Fuhhh kitab hebat ni..aku pernah baca..menarik untuk di baca.. tapi untuk kefahaman, kena ada orang alim terangkanlah apa yang dimaksudkan untuk setiap hadis yang di rawi di dalam tu..

    Hadis yang di kupas hari tu menceritakan tentang 3 amalan yang mana Allah S.W.T akan naikkan darjat hambanya sekiranya hamba tersebut beramal dengannya..macamana menarik tak?..Ok secara keseluruhannya ada jutaan bahkan lebih lagi amalan yang mana Allah S.W.T suka..namun dalam banyak-banyak amalan..tiga amalan inilah yang paling Allah S.W.T suka..

Amalan yang pertama,,,,,,,,

  • Beri  makan ( sedekah )

               Haaa..inilah nilai yang paling susah orang hari  ni nk follow..kalau kita keluar makan dengan kawan-kawan kita mesti kita suruh Taukeh kedai tu kira asing-asing ( bukan semualah tapi kebanyakannye macam tulah ) ..Padahal bukan tak ada duit pun nk belanja kawan kitakan..Kitab ini di rawi dan dikupas mengikut apa yang berlaku pada zaman Nabi S.A.W... pada zaman Rasulullah S.A.W..para sahabat selalu menahan kelaparan..ada yang menahan lapar kerana kesusahan..ada yang menahan lapar kerana takut diri melebihkan waktu duniawi daripada ukhrawi..dan ada juga yang menahan lapar kerana tak sanggup lihat sahabat lain/jiran menahan lapar...oleh sebab itu Allah S.W.T sangat suka dengan sifat ini...namun para sahabat..mereka telah usahakan sifat ini sehinggakan biarlah diri mereka lapar tetapi jangalah sahabat mereka yang lain berlapar...

Amalan yang seterusnya ialah,,,,,,,

  • Beri Salam
                Haaa ini adalah amalan yang paling special..kenapa?..sebab ini adalah amalan ahli syurga..Semua sedia maklumkan?..di syurga nanti ahli-ahli syurga akan datang melawat sahabat mereka..dan beri salam kepada mereka..Jadi menurut ustaz tu..kalau nak masuk syurga kena start dari sekarangla beri salam ( Ustaz tu saja mengusik orang kampung )..Inilah juga amalan yang paling mudah..kenapa?..sebab beri salam bukan sahaja setakat kita datang dan beri salam/ bersalam dengan orang..senyum pun dikira sebagai beri salam..kena belajar senyumlah lepas ni..


dan Amalan yang terakhir ialah,,,,,,,,
  • Bangun malam (bertahajjud)
                Amalan yang teramatlah susah bagi diri aku yang banyak dosa ni..Kalau bujang pun susah nak bangun tahajjud macamana kalau dah kahwin nanti?..conform lagi susah..hehe..tapi Ustaz tu bagitau..ehem-eham...ini tips untuk orang perempuan kat luar tu ea..sebaik-baik isteri dan juga isteri yang mana Allah S.W.T berkati ialah isteri yang mana bila di malam hari..dia kejutkan suaminya untuk bangun mendirikan solat tahajjud secara berjemaah..Allahuakbar..( mengidam sebenarnya ehehehe )Moga saya dan lelaki-lelaki di luar sana dikurniakan bidadari dunia seperti ini...


    Jadi kesimpulannya apa sebenarnya yang special sangat tentang amalan-amalan ini?
         
    yang special tentang amalan-amalan ini adalah amal yang sedikit..tapi ganjaran yang besar..kalau kita kaji..dalam tiga-tiga amalan ni..hanya satu sahaja yang Allah S.W.T letakkan untuk hak dirinya..lagi dua lagi merupakan hak manusia disekeliling kita..Islam menganjurkan kita untuk saling bantu membantu dan juga bila mana kita dapat membina ukhwah yang sempurna maka barulah kefahaman agama itu bersifat sejagat...

   Macam dalam suatu kisah..cerita ni diceritakan oleh seorang pendakwah dari Jordan yang datang kat kolej aku baru-baru ni..Dia cerita..ada suatu hari, seorang Rahib yang berasal dari luar negara kelahiran beliau telah datang untuk berdakwah di Jordan..Sampai-sampai je dia telah suruh pemandu teksi yang bawa dia  ke kawasan yang paling banyak orang islam ( ni memang sah-sah nak sesatkan orang islam )..Pemandu teksi tu pun bawa dia kat markas dakwah Jordan ( memang conformlah ramaikan?)..So bila dia sampai je dia look very terrified...sebab ramai sangat orang pakai jubah..berserban..

  So this man ( pendakwah tersebut ) greet the priest..and offer an accommodation and a cup of  tea...So rahib ni terkejutla.. dalam hati dia berkata "baik betul orang kat sini..belum sempat aku turun dah ada orang greet aku"..nak tau?..perkatan pertama yang keluar dari mulut rahib tu ialah "why don't you kill me?".hahaha...menurut pendakwah tu..rahib tu cakap dia kenal islam sebagai agama yang menganjurkan keganasan..pembunuhan..perang dan seangkatan dengannya..dan dia tak pernah sangka yang umat islam sebenarnya sebaik ini..belum sempat dia turun teksi lagi dia dah di layan macam seorang raja...Allahuakbar..

 Panjang sebenarnya ceritanya..sampailah rahib tu masuk islam..tapi aku cerita sampai part ni je..cz aku nak highlight tentang kaitan antara cerita ini dengan findings yang aku dapat dalam pengajian aku..

  Jadi..marilah kita berlumba-lumba beramal..mana tau asbab amalan kita..jadi asbab hidayah untuk orang lain....

InsyAllah~wallahuallam.~wassalam....

  

No comments:

Post a Comment