Hehe..bznyer aku lately..sangat bz..ni pn update blog cz ada orang request suruh update.."jgn senyum ea orng yang baca tu" hehe..Ok la..sebenarnya aku tak ada cerita yang best pun untuk diketengahkan..Tapi "this story" maybe will fill up this blog for quite a while...
Minggu lepas aku berkesempatan untuk pergi ke Majid Sri Petaling bersama my soulmate (Fikri) hehe..jangan fikir bukan-bukan ea.."sahabat karib aku"..and kitorang pergi weekdays cz nak dengar ustaz-ustaz alim berceramah.."note=kalau pergi setiap malam sabtu selalunyer foreigner yang beri ceramah"..Kawan aku yang sorang ni rindu nak dengar "Maulana" berceramah..heeee
Well Ustaz yang beri ceramah waktu tu Ustaz Hamid..Mudir Masjid Jamek Sri Petaling.. mesti kenalkan?..heee..Cerita dia berkisar bagaimana hari ini kita mendirikan amalan fardhu tanpa rasa yakin yang mendalam terhadap nusrah dan keagungan ilahi...
Lari dari topik kejap...
Sebenarnya aku dapat lihat benda yang sama jugak sekarang..antara sebab yang menjadikan kita lari dari fadhilat sebenar amalan, muamalat dan muasyarat islam adalah kerana kita tak datang kepada manhaj ilmu yang betul. Cuba kita lihat..Ramai anak muda sekarang sememangnye terpaut hati terhadap agama..Alhamdulillah...Tapi laluan ilmu yang dituntut tu salah..
Faham tak?..tak fahamkan..ok ini penerangannya
Kita banyak mencari fakta dan juga ilmu yang bukan ilahiat..contoh..input-input dari internet..salah ke kita baca...tak salah..tapi apa yang kita kena khuatirkan ialah tentang kesahihan input-input tersebut..dan sedihnya bila hari ini remaja-remaja yang kononya "hebat" dalam perkara agama ini menjadikan sumber-sumber ini sebagai rujukan...Dan antara sebab ilmu yang kita dapat ini tak berkat ialah apabila tidak ada mujahadah dalam menuntut ilmu..That is why..kalau kita tengok anak-anak muda dan pak cik-pak cik yang datang ke surau, masjid atau madrasah untuk menuntut ilmu...rasa sejuk je and we can see the way islam develop in them...sebab bila ada mujahadah..ada keinginan..Allah akan campakkan kekuatan untuk beramal dan Allah akan pandu ke arah mustaqim...But how about those who become alim in front of their computer?..tak usah cakapla ea..kita pun sendiri boleh tengokkan?..
Diorang pun kadang-kadang bertelagah di antara diorang..Tapi mereka ini tak adalah teruk sangat..Cumanya..Mereka menjadi terlalu rigid..keras..ini tak boleh..itu tak boleh..sedangkan sekiranya kita dapat datang dengan kasih sayang dan ikram yang sempurna, insyAllah kebatilan akan tumpas..kesimpulannya untuk kita mencari ilmu yang sahih untuk menjadi pegangan kita..kita hendaklah mendampingi para ulama..belajar dengan mereka..merekalah pewaris ilmu kenabian..dan ulama yang kita nak belajar ni, kita kena tengok juga fikir risau dia..jangan la kita pergi belajar dengan ulama yang sibuk berpolitik pulak..heee..dan kita perlulah letakkan sifat rendah diri dalam diri kita..cz sepandai-pandai kita pun..siapalah kita kalau nak dibandingkan dengan orang yang habiskan seluruh hidup dia untuk mengaji ilmu Allah..insyAllah Allah akan terangkan hati...
So..apa kaitannya dengan intro kat atas tu..
Kaitannya ialah bila kita beriman berasaskan sumber yang salah..maka rosaklah amalan, akhlak dan akidah kita...dan bila segalanya rosak maka bagaimana degan keyakinan kita?..hmmm
Ustaz tersebut kemudiannya..bercerita
Ada suatu kisah..bagaimana satu hari seorang sahabat meninggal di jalan Allah S.W.T..dan sahabat-sahabat lain yang membawa pulang jenazah sahabat tersebut berasa sangat khuatir/risau untuk menyampaikan khabar tentang kematian sahabat ini terhadap ibunya..Ibu kepada pemuda yang meninggal dunia ini merupakan ibu tunggal dan sangat menyayangi anaknya..bagi dirinya anak dialah merupakan tonggak kepada keluarga yang daif ini..Namun walaupun dihalang..disembunyikan..dan dilarang..berita tentang kematian pemuda tetap sampai kepada ibunya..
Sahabat yang menceritakan kisah ini beritahu.." pada waktu pagi aku mandikan jenazah dia..pada waktu petang aku makan bersama dia"..Allahuakbar..
InsyAllah..keyakinan seperti inilah yang kita perlu hidupkan dalam diri kita..
moga Allah S.W.T beri hidayah untuk kita bersama dapat amal agama yang sempurna
Doakan saya ea..Sahabat-Sahabat
Sekian~Wassalam

No comments:
Post a Comment